Monday, April 20, 2009

SOSEH SOSEH: Produser berkira dengan pekerja


PELAKON yang kini bergelar produser ini sekarang semakin kaya raya dan sudah boleh dikatakan jutawan. Namun anehnya, di sebalik kesenangan yang dimiliki, pelakon ini agak 'tahi hidung masin'.

Katakan nak kedekut dengan orang lain, tidak menjadi hal, peliknya dengan stafnya sendiri.

Ceritanya begini, dalam setiap penerbitan dramanya, nama stafnya itu tercatat sebagai produser eksekutif dan kalau tak salah SS yang sekolah tak setinggi mana ni, selain dibayar gaji, staf itu juga diberi insentif berupa imbuhan sebagai produser bersama.

Bagaimanapun, ada sumber beritahu SS, selama lebih 10 tahun menjadi produser eksekutif dengan syarikat pelakon itu, sesen pun imbuhan yang dijanjikan dia tak terima.

Kalau betullah cerita yang disampaikan sumber SS itu, maknanya staf itu setia betul dengan produser berkenaan. Meskipun janji tidak ditepati, tidak pernah pula SS dengar khabar yang staf itu hendak mencari kerja di tempat lain.

SS malaslah hendak menyangka yang bukan-bukan, cuma bagi SS kalau rezeki itu sudah melimpah ruah, apa salahnya berkongsi dengan 'anak buah' sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: