KASIHAN SS dengar cerita pelajar AF7 yang tersingkir kerana ada yang mula bertanyakan kerja kosong di saluran radio popular ini. Setiap musim AF bersiaran, pelajar yang tersingkir akan ditemu bual di saluran radio berkenaan untuk berkongsi cerita, pengalaman dan harapan mereka dalam bidang seni bersama pendengar. |
Samalah juga dengan pelajar tahun ini tetapi tahun ini ceritanya lain sikit. SS dapat tahu selepas habis sesi temu bual itu, ada yang bertanya DJ radio itu ada kerja kosong tak dekat situ. Mungkin ada yang teringin jadi DJ seperti senior mereka, Nana, Burn dan Adi Fashla. Pada masa sama, SS difahamkan mereka risaukan masa depan mereka selepas keluar AF kerana sejak Maestro dibubarkan, hala tuju mereka dalam bidang seni agak kabur.
Tiada siapa yang dapat menjaga mereka sebagaimana ada Maestro dulu. Tak tahulah pula SS sejauh mana benarnya cerita itu kerana kalau tak salah SS, bekas pelajar AF dulu hingga AF7 sekarang di bawah tanggungjawab Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB). Menurut staf AESB, meskipun tanpa Maestro, AESB tetap akan menjaga mereka dengan baik.
Kalau begitu, macam mana pula boleh timbul cerita pelajar yang baru tersingkir itu kurang diberi perhatian oleh pihak Astro. Atau dalam erti kata lain, bekas pelajar AF7 mula khuatir apa akan terjadi dengan mereka. Kebimbangan mereka memang berasas kerana ada bekas pelajar AF yang sudah-sudah hilang entah ke mana. Jadi agaknya sebelum terlambat, lebih baik mereka cari kerja. Tetapi takkan saluran radio itu hendak ambil semua bekas pelajar itu sebagai DJ mereka. Kalau tak salah SS, saluran radio itu sudah mempunyai barisan DJ yang mantap.
Susah sangat, Astro bukan saja satu lagi saluran radio dan bagi kerja pada budak AF yang terkeluar itu. Ataupun mungkin AESB ada perancangan tersendiri dan lebih besar daripada yang bekas pelajar itu fikirkan. Yelah, takkan mereka hendak biarkan bakat yang mereka cungkil macam itu saja.
Apabila difikirkan semula kerisauan yang melanda bekas pelajar AF7 itu, SS terfikir adakah AF8 akan diteruskan pada tahun depan. Apapun, jalan penyelesaian yang cuba dilakukan AESB, tentu bekas pelajar itu lebih tahu keadaan sebenar. Waktu duduk dalam akademi memanglah best, makan tanggung, pakaian ditaja dan muka setiap hari keluar di TV. Bila dah keluar akademi, baru mereka tahu keadaan sebenar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: