Friday, April 17, 2009

Soseh Soseh: Penyanyi mangsa belasahan teman lelaki


KISAH penyanyi popular wanita ini pernah menarik perhatian peminat apabila dia kini dikatakan bersembunyi daripada pandangan khalayak. SS sebelum ini banyak baca kisah mengenai artis ini yang secara tiba-tiba mengambil keputusan senyap seketika dalam bidang hiburan.

SS tidak tahu apa punca sebenarnya artis ini 'hilang'. Ada yang kata dia mempunyai masalah peribadi hingga gagal mengawal diri. Dalam mencari cerita sebenar, ada rakan SS beritahu artis ini bukan sengaja mencari alasan untuk hilang tetapi dia berdepan masalah kronik dengan artis lelaki yang pernah rapat dengannya.

Kata rakan SS itu, artis ini sudah lama bersabar dan memendam perasaan akibat perbuatan artis lelaki ini. Walaupun mereka macam belangkas sebelum ini tetapi rupanya artis lelaki ini sudah banyak memberi masalah padanya.

Sukar untuk SS nyatakan satu persatu masalah yang ditimbulkan kerana ia berlaku sejak beberapa tahun lalu hingga ke satu tahap, artis wanita ini pula terpaksa ambil keputusan untuk menghilangkan diri.

Namun, apa yang dapat SS kongsi, artis wanita ini sering dimarahi artis lelaki berkenaan yang mahu dia mengikut segala arahan. Hairan juga SS, apa hubungan sebenar antara mereka berdua selama ini tetapi rakan SS pun percaya artis wanita ini terpaksa mengikut arahan artis lelaki berkenaan kerana dia sudah termakan budi.

Apa yang membuatkan SS simpati apabila artis wanita ini bukan saja dimarahi tetapi pernah dipukul tanpa sebab munasabah.

Kasihan SS pada artis wanita ini yang mungkin buntu dan tidak tahu ke mana arah tuju karier seninya selepas ini. Kata rakan SS lagi, artis ini masih dalam keadaan trauma dengan apa yang dilalui dan apa yang mengejutkan, dia pernah menerima ugutan mengancam nyawanya daripada artis lelaki itu.

Pada artis wanita berkenaan, SS harap dia masih berfikiran waras untuk membuat sebarang keputusan. Jangan bertindak sendirian atau jika mahu selesaikan masalah ini, ia perlu dibincang dengan baik dan mungkin kehadiran pihak ketiga dapat membantu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: