| DI tengah kegembiraan artis wanita ini dan suaminya menyambut kelahiran cahaya mata sulung, baru-baru ini, tiba-tiba mereka dikejutkan berita bayi comel yang baru dilahirkan itu berhadapan dengan masalah pernafasan pula. |
Kata rakan SS, sebenarnya bayi artis popular itu dilahirkan tidak cukup bulan dan dia juga dimasukkan dalam inkubator kerana pernafasannya juga lemah ketika dilahirkan.
Malah, kata rakan SS lagi, pihak hospital juga terpaksa menahan bayi berkenaan di wad selama dua hingga tiga bulan lagi untuk pengawasan rapi oleh doktor pakar di sana.
Artis wanita itu juga dikatakan berada dalam keadaan lemah dan terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan ketika melahirkan bayinya itu sebelum ini. Malah, doktor hampir saja ingin membuat pembedahan untuk mengeluarkan bayinya itu.
Jika berpeluang mengandung lagi selepas inipun, artis wanita itu juga mungkin tidak boleh melahirkan anaknya secara normal lagi.
SS cukup simpati dengan apa yang menimpa bayi artis wanita itu. SS juga mendoakan semoga bayi mereka cepat sembuh dan dapat dibawa pulang ke rumah secepat mungkin.
SS percaya, artis wanita itu dan seluruh ahli keluarganya pasti sudah tidak sabar untuk membawa pulang bayi mereka ke rumah dan meraikan kedatangan anggota keluarga baru dalam hidup mereka.
Apapun, SS harap artis wanita itu dan suaminya tabah berhadapan dengan ujian Tuhan untuk menguji kesabaran dan keimanan setiap hambanya di dunia ini.
Sebagai orang Islam, kita kena reda dengan ketentuan Tuhan kerana setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: