| PELAKON berpengalaman, Lydiawati, baru-baru ini menghubungi teman SS memberitahu kes perceraiannya dengan Datuk Azhar Mohd Zar yang sedang berjalan kini sedikit pun tidak memberi kesan kepadanya. |
SS rasa ramai yang tahu kes permohonan kebenaran bercerai Lydiawati di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat, ditangguhkan hingga 30 April ini bagi membolehkan mana-mana pihak memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh suaminya, Februari lalu.
Lydiawati dikatakan bersetuju bercerai kerana tidak tahan dengan sikap dan layanan Azhar sebagai suami selain hal berkaitan nafkah yang dikatakan tidak diberikan secara memadai.
Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Suami, Isteri dan...menjelaskan perkara itu tidak menjejaskan apa-apa membabitkan dirinya serta kesihatan mahupun rezeki.
Kata pelakon itu, hari-hari yang dilalui sekarang ini paling menggembirakan, apatah lagi baru-baru ini dia menyambut hari jadi ke-43.
Walaupun dia menerima hadiah berupa 'perceraian' daripada suami, tetapi jelas Lydia, dia kuat untuk berhadapan dengan situasi yang cukup mencengkam itu.
Paling penting dalam berhadapan dengan situasi ini jelas Lydia dia gembira apabila dapat kembali bersama dengan anaknya, Munira dan Siti hasil perkahwinan sebelum ini.
Pada SS, dalam kehidupan ini kita memang tidak sunyi daripada berhadapan dugaan hidup. SS juga tidak mahu komen banyak mengenai apa yang berlaku kepada Lydiawati dan Azhar kerana penjelasan membabitkan apa yang berlaku sudah diberikan kedua-dua belah pihak sebelum ini.
Cuma satu yang SS minta supaya selepas perpisahan ini tidak timbul perasaan benci antara satu sama lain. Memang orang kata perceraian itu pahit untuk ditelan, tetapi ada ketika perkara itu boleh menjadi pengajaran paling baik dalam hidup.
Seharusnya kita berterima kasih atas pengalaman hidup yang diberikan bekas pasangan kita. Jangan jadi seperti sesetengah pasangan apabila baru berkahwin bukan main puji lagi pasangannya. Konon dia memilih pasangannya kerana peribadi yang baik, beriman dan memahami, tetapi selepas bercerai, lain pula ceritanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: