Wednesday, April 22, 2009

Soseh Soseh: Diari AF tumpu pelajar tertentu


BARU-baru ini ada rakan SS memberitahu dia tidak puas hati dengan laporan diari Akademi Fantasia (AF) yang ditayangkan setiap hari di saluran 104.

Katanya, diari Akademi Fantasia yang bertujuan memaparkan perkembangan pembelajaran terkini dan rutin seharian pelajar di akademi itu, banyak menumpukan perhatian kepada Yazid berbanding pelajar lain.

Seolah-olah, program diari Akademi Fantasia itu sudah menjadi ala-ala Trek Selebriti khas untuk Yazid.

SS tertanya-tanya adakah ini strategi Astro untuk mengetengahkan pelajar tertentu bagi memancing undi orang di luar sana?

Lagipun, semua sedia maklum Yazid ini pemalu dan mungkin disebabkan itu Astro memainkan peranan dengan terlalu menumpukan kehidupan seharian Yazid lebih daripda pelajar lain.

Jika memang betul apa kata rakan SS itu, SS rasa ia perkembangan tidak sihat kerana sepatutnya semua pelajar Akademi Fantasia perlu mendapat liputan yang sama rata dan tiada unsur berat sebelah di dalam rancangan diari itu.

Ini kerana, SS berasakan setiap pelajar mempunyai keistimewaan dan aura tersendiri yang boleh dikongsi bersama dengan penonton dan secara tidak langsung dapat membantu peratusan undi mereka.

Cuma, apa yang SS harap pelajar yang berbakat tidak disisihkan di dalam rancangan diari Akademi Fantasia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: