Wednesday, April 22, 2009

Protonton eksklusif


FILEM seram terbaru Gavin Hood, X-Men Origins: Wolverine akan menemui penonton di pawagam negara ini yang dimulakan dengan tayangan pratonton filem itu di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, 28 April ini, jam 9 malam.

Tawaran untuk menyaksikan pratonton Wolverine eksklusif untuk peminat filem yang membeli tiket dalam talian mulai 23 April (esok). Tawaran menarik itu dibuat sempena pelancaran Kemudahan Pembayaran Kad Kredit dalam talian TGV. Untuk itu, TGV Cinemas menyediakan 355 tiket untuk mereka yang bertuah.

Bayaran untuk tiket yang dibeli dalam talian menerusi laman web www.tgv.com.my (hanya klik pada Preview screening of Wolverine) boleh dibuat dengan kad Visa atau Mastercard. Sebaik selesai urusan pembayaran, cetak baucar akan ditukarkan dengan tiket wayang dari 23 hingga 28 April ini di TGV Sunway Pyramid.

Sebagai hadiah bonus, peminat siri komik ini berpeluang memenangi cenderahati Wolverine edisi terhad sewaktu cabutan bertuah pada 28 April di pawagam TGV Sunway Pyramid berupa kemeja-T, bekas minuman, buku nota dan pembuka botol.

Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Chung Shyh Kwong berkata, pihaknya percaya X-Men Origins: Wolverine ada ramai peminat di negara ini.

"Oleh itu kami memudahkan peminat menyaksikan pratonton dengan hanya membeli tiket dalam talian menerusi laman web kami, katanya.

Filem ini dibintangi pemenang Anugerah Emmy, Hugh Jackson. Siri X-Men sebelum ini (X-Men in 2000, X-2 in 2004, X-Men: The Last Stand in 2006) menumpukan kepada seluruh pasukan, tetapi Wolverine susulan kepada trilogi filem X-Men yang hanya menumpukan kepada Wolverine. Filem ini menjejaki zaman Wolverine sewaktu kanak-kanak mutan berusia 10 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: