| SS pasti ramai dalam kalangan peminat muzik tanah air suka apabila mendengar melodi dan lagu yang puitis. Lirik lagu yang penuh makna dan mudah difahami juga kerap menjadi siulan ramai. |
Tidak kira ia membabitkan apa saja genre sama ada rock, pop, balada dan irama Malaysia pastinya mempunyai pengikut. Apatah lagi apabila ia kerap disiarkan di radio. Secara tidak langsung ia membantu proses sesebuah lagu itu diterima dengan baik oleh masyarakat.
Lirik lagu tidak semestinya berkaitan cinta sebaliknya mengenai kehidupan atau berkaitan penyanyi itu sendiri.
Terlanjur berbicara mengenai penghasilan lagu, SS tertarik mendengar lagu yang disampaikan seorang penyanyi lelaki popular tanah air. Lagu yang disampaikan menerusi laman web bukan mempunyai maksud tersirat.
Begitupun, SS bukan hendak memuji cara penyampaian lagu berkenaan. Walaupun lagu berkenaan dicedok daripada beberapa lagu yang boleh dikatakan popular ketika ini, cara penyampaiannya mudah diterima.
Sebaliknya apa yang membuatkan SS tertarik mendengar mengenai lagu yang disampaikan apabila liriknya yang seolah-olah ditujukan kepada individu tertentu. Bukan hanya yang terbabit dalam bidang seni malah ejekan itu seperti kepada rakannya sendiri.
Mungkin ketika itu penyanyi berkenaan menghasilkan lagu itu secara suka-suka. Walaupun tidak pasti apa tujuan sebenar yang cuba disampaikan penyanyi itu. Mungkin artis itu berdendam dengan individu tertentu. Dengan cara menghasilkan lagu itu, dia dapat menterjemahkan perasaan tidak puas hatinya kepada individu tertentu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: