Tuesday, April 21, 2009

Soseh Soseh: Artis dapat anak segera


SS tertanya-tanya juga ke mana menghilangnya artis wanita ini. Mula-mula dulu buat kejutan apabila berkahwin dengan lelaki pilihan dan sekarang tidak lagi aktif dengan kerjayanya.

Difahamkan, artis ini menetap di kampung halaman kerana katanya mengikut tradisi keluarganya, selepas selesai kenduri kendara dia perlu menziarahi sanak saudara. Alasan itu memang sangat logik kerana rakan SS yang berkahwin baru-baru pun menziarahi saudara-maranya untuk memperkenalkan suaminya yang kacak gila macam hero Hindustan tu.

Rakan SS pun membawa suaminya berjalan keliling kampung, tapi tak pulak ambil cuti selama berbulan-bulan untuk melakukan aktiviti itu saja. Seminggu pun dah cukup, bukannya hendak mengembara satu dunia.

Rupanya artis itu 'berkurung' di kampung kerana ada udang di sebalik batu. Dia beranak dan berpantang di kampungnya. Terkejut juga SS kerana baru tiga bulan berkahwin dah dalam pantang, apa cerita?

Setahu SS, sejak zaman Nabi Adam dan Hawa lagi, manusia hamil selama sembilan bulan 10 hari dan gajah pulak bunting 22 bulan. Kalau kucing, 66 hari saja. Agaknya artis ini terkenan kucing kot. Kalau tak, takkan selepas kahwin tiga bulan dah beranak?

Selepas habis berpantang, artis itu pernah muncul dalam akhbar, tetapi tak sebut langsung pasal anaknya itu. Dia cerita pasal kerjaya seninya yang agak perlahan selepas berkahwin dan sekarang senyap terus tanpa khabar berita.

SS takut nanti apabila berjalan di tengah orang ramai, anak sendiri dikatakan anak angkat. Payah dibuatnya. Bagaimanapun SS tak pasti pulak anak artis itu lelaki atau perempuan. Yang sahih, anak itu adalah 'anak projek' dengan suaminya sekarang.

Mujurlah dia mahu bertanggungjawab dengan mengahwini artis itu, tetapi anak yang dilahirkan macam mi segera ini tetap tidak sama dengan anak yang dihasilkan selepas ikatan pernikahan. Jika anak perempuan, si bapa tidak boleh mewalikan anaknya apabila si anak hendak berkahwin.

Yang peliknya ketika solo dulu, artis itu ada pengurus yang menguruskan kerjayanya. Bak kata, di mana ada artis itu, pengurus itu pun ada bersama. Macam mana artis itu boleh 'terlepas' dan khabarnya pengurus artis itu tak tahu yang dia hamil sehingga artis itu sendiri 'pecah lubang' kerana perut dah memboyot.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: