Sunday, April 26, 2009

Skandal Anne




GENIT, petah dan yakin diri membuatkan Putri Andreanna Syigim Mohd. Razalli atau mesra disapa Anne, 28, pantas membina profil dalam dua bidang yang diceburinya kini - mengacara program televisyen dan menjadi deejay radio Hot FM.

Namun antara dua bidang ini, kata Anne yang kerjaya awalnya dimulakan sebagai hos rancangan kanak-kanak Hugo di ntv7 beberapa tahun lalu, hatinya sekarang mula terbit cinta yang lebih tebal terhadap bidang pengacaraan radio. Tanpa solekan tebal, dia hanya perlu menjadi diri sendiri dan mengaplikasikan kegemarannya bercakap serta berkomunikasi dengan khalayak sebaik mungkin.

"Dulu saya pernah fikir saya sukakan dunia pengacaraan lebih banyak berbanding dunia deejay.

"Tapi lama-kelamaan saya sedar bahawa bidang deejay lebih dekat dengan diri saya kerana semua hal saya lakukan sendiri di konti," kata anak kelahiran Taiping, Perak ini.

Dia bagaimanapun masih teruja setiap kali menerima tawaran sebagai hos kerana ingin menimba pengalaman baru.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: