Monday, April 13, 2009

Serangan muzik Gen-Y


ESTRANGED


THE Rhaman, Estranged, OAG, Auburn, Plaque Of Happiness, Bunkface, Projek Pistol, Zip Zeller, Cili dan Stereosakit. Apa ada pada band-band era Gen-Y ini?

Sudah tentu tenaga, gegaran dan kehangatan muzik masa kini. Itu sudah pasti! Era muzik generasi baru bakal diperkuat dan dihangatkan sepanjang tahun ini oleh anak-anak muda yang menguasai dunia muzik tempatan hari ini.

Inilah masa dan saatnya, muzik cetusan rasa Gen-Y khusus untuk masyarakat Gen-Y bakal disalurkan menerusi Radio Rosak. Radio Rosak? Ya, apa guna membariskan nama-nama hebat band-band muzik indie tersebut jika tidak untuk muncul menerusi konsert yang memiliki nama hebat itu.

Bermula 25 April hingga 26 Disember depan, jangan ingat yang lain, pastikan temu janji anda dengan Konsert Radio Rosak 2009 di seluruh Malaysia.


BUNKFACE


Kosmo! berbangga apabila terpilih sebagai media rasmi konsert selama sembilan jam yang bakal berlangsung dari pukul 2 petang hingga 11 malam itu. Satu pilihan tepat memandangkan Kosmo! sememangnya akhbar khusus untuk populasi Gen-Y.

Demi anda semua, Kosmo! mengambil langkah untuk berkolaborasi bersama penganjur, Neo Worlwide Entertainment bagi menghadiahkan sebanyak 250 tiket percuma bagi menonton konsert tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: