|
|
GERI HALLIWELL dilaporkan berada dalam ketakutan sekarang ini selepas kediamannya di London menjadi sasaran pengintip peminat fanatiknya.
Bekas anggota Spice Girls itu dikatakan telah menerima beberapa panggilan misteri sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan pernah terlihat seorang lelaki menceroboh masuk dan kemudian berlegar-legar di halaman rumahnya.
Sehubungan itu, Geri telah meningkatkan tahap sistem keselamatan di kediamannya itu kerana bimbang terhadap kemungkinan buruk yang bakal menimpa anaknya yang baru berusia dua tahun, Bluebell, lapor akhbar British, The Sun.
Menurut sumber kepada akhbar tersebut: "Geri semakin mementingkan keselamatan dirinya serta anaknya, Bluebell sejak beberapa bulan ini. Sistem keselamatan di kediamannya sudah beberapa kali berbunyi ketika dia tiada di rumah dan seorang lelaki didapati kerap mundar-mandir di kawasan kediamannya itu. Geri sangat bimbangkan keselamatan Bluebell."
Tambah sumber tersebut: "Telefon dari pemanggil misteri di kediaman Geri kerap berdering siang dan malam menyebabkan Geri terpaksa menukar nombor telefonnya itu."
Ia bukan pertama kali Geri menerima gangguan daripada orang asing. Pada Jun tahun lepas ketika menghadiri majlis Anugerah Glamour di London, seorang perempuan yang tidak dikenali telah melepasi kawalan sekuriti lalu menuju kepada Geri sambil menjerit dan memakinya. Dia bernasib baik apabila pengawal-pengawal keselamatan kemudian dengan pantas menahan perempuan terbabit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: