
membantu siasatan kejadian rusuhan bola di Kelantan.
KOTA BHARU - Seramai 28 individu diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan pada perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu Selasa lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, gambar penyokong Kelantan yang merusuh itu dirakam menerusi kamera dan video oleh anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.
Menurut beliau, kebanyakan individu yang terlibat adalah remaja.
"Polis minta individu terlibat supaya tampil untuk serah diri dengan segera bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.
Dalam kejadian itu, sebanyak 10 buah kenderaan rosak termasuk sebuah trak polis yang dibakar oleh penyokong Kelantan yang merusuh.
Polis terpaksa melepaskan 20 das tembakan gas pemedih mata untuk meleraikan rusuhan yang bermula pukul 10.50 malam itu.
Ekoran kejadian itu, seramai dua anggota polis berusia 24 dan 29 tahun cedera akibat ditumbuk dan disepak selain dibaling dengan objek keras.
KELANTAN MMG BABI LA...
ReplyDeleteKORG SUME MMG CIBAI
aku owang kltn.. pehal? ko ckp aku babi? x puas ati jumpe la jom. ckp kat blok watpe.
ReplyDelete