![]() |
| Victoria Beckham |
Selebriti Victoria Beckham sangat sibuk dan tidak mempunyai waktu untuk membuat kemunculan dalam Desperate Housewives.
Rakan baik Victoria, Eva Longoria yang memegang watak sebagai Gabrielle Solis dalam drama bersiri popular tersebut berharap Victoria dapat membuat penampilan khas tetapi anggota kumpulan Spice Girls itu mempunyai jadual yang terlalu padat sejak dia menjadi seorang pereka fesyen.
Eva berkata: "Victoria seorang wanita yang cerdik dan sangat kelakar. Kami semua sangat senang dan gembira jika dia terlibat sekali.
"Penulis skrip Desperate Housewives, Marc Cherry juga merasakan Victoria seorang wanita yang hebat, tetapi malangnya dia terlalu sibuk mengembangkan empayar fesyennya."
Bagaimanapun ada yang mengatakan selebriti berusia 34 tahun itu tidak mahu muncul dalam Desperate Housewives kerana dia berasa tergugat dengan pelakon-pelakon hebat drama itu seperti Teri Hatcher, Marcia Cross dan Felicity Huffman.
Satu sumber memberitahu majalah Britain, New!: "Victoria tahu di mana tahap kemampuannya. Semua wanita dalam drama itu merupakan aktres yang hebat, justeru, dia tidak mahu bersaing dengan mereka."
Desperate Housewives bukan drama bersiri pertama yang mengundangnya untuk membuat penampilan khas kerana sebelum ini Victoria telah membuat penampilan dalam drama bersiri Ugly Betty pada tahun 2007 sebagai pengapit untuk watak Wilhelmina Slater, lakonan Vanessa Williams.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: