Thursday, April 2, 2009

Road Show Soyo, URTV ManggaOnline makin hot

altRoad Show 2009 bersama Soyo, URTV dengan kerjasama Mangga Online makin hari makin hangat.

Pada 29 Mac 2009 lalu krew road show hangat ini singgah di Jitra Mall, Kedah untuk meneruskan aktiviti mereka.

Roslan Shah, juara MyStarz LG, Wana dan Ely (Axl's) memeriahkan road show kali ini.

Malangnya road show kali ini tidak membenarkan penyanyi menyanyi, sebaliknya mereka boleh tampil di atas pentas untuk bersama peminat.

Mereka juga memeriahkan pertandingan Juara Soyo tarik yang bakal mewakili negeri Kedah ke pertandingan akhir hujung tahun ini.

"Memanglah terkejut sebab tidak boleh menyanyi, tapi nak buat macam mana, kita kena ikut peraturan yang ditetapkan oleh sesuatu tempat," kata Ely.

Wana tak tidur hafal lagu

Sebenarnya penganjur sudah mendapat maklumat pasal larangan menyanyi beberapa hari sebelum road show diadakan, tetapi sengaja tidak memberitahu kepada penyanyi yang dibawa bersama-sama ke sana.

Mererka diberitahu semasa dalam perjalanan alt mce_tsrc=images/stories/soyojitra-3.jpgdari hotel penginapan, Darulaman Suites ke lokasi.

Wana kelihatan kecewa apabila diberitahu tidak perlu menyanyi sebaliknya naik pentas untuk bermesra dengan pengunjung sahaja.

"Wana tak tidur sampai pukul 4.00 pagi sebab mahu hafal lagu untuk dinyanyikan," katanya.

Tapi katanya lagu itu boleh dinanyikan apabila dia diundang ke mana-mana majlis yang memerlukan dia menyanyi.

Wana nak sangat menyani sebab itulah kali pertama dia ke Kedah dan berharap dapat alt mce_tsrc=images/stories/soyojitra-4.jpgmenghiburkan peminatnya di sana.

Shopping di Padang Besar

Sambil menyelam minum air. Krew turut membawa Roslan dan Wana ke Padang Besar, Perlis.

Kebetulan sebelum check-in di hotel penginapan krew singgah dulu di rumah keluarga salah seorang krew di Kampung Abi Tok Hashim, Kangar.alt

Apabila sudah sampai ke Perlis tak sah rasanya kalau tak ke Padang Besar. Nampak banyak juga yang diborong, tapi barang kecil-kecil sajalah takut nanti tak muat kereta pula bila nak pulangh ke Kuala Lumpur nanti.

Roslan Shah membawa pulang sebuah bakul rotan buatan negara Thailand. Cantik juga bakul itu.

Roslan Shah hangat

Road show pada hari itu diadakan bermula pukul 2.00 petang. Kebetulan pada hari yang sama program Melodi menyiarkan kes Roslan Shah menempis wartawan Melodi yang menerjahnya.

Hangat sungguh Roslan pada hari itu, ke mana saja singgah ada sahaja yang bertanya dan tak kurang juga yang ingin bergambar bersama. Kiranya sensasi itu tak menjejaskan nama dialah.

Nampaknya makin hot pula Roslan apabila terpapar gosip macam itu. Ramai yang menyokong dia. Peminat dan keluarga juga turut menyokong.

Malah artis juga tidak menyalahkan Roslan. Agaknya mereka juga geram dengan cara wartawan Melodi mendekati artis apabila mahu mendapat penjelasan satu-satu isu.alt

Produk Soyo laris

Road show itu juga bertujuan mempromosikan produk mnuman soya jenama Soyo di sana. Laris sungguh Soyo hari itu sebab turut dijual dengan harga ialt mce_tsrc=images/stories/soyojitra-10.jpgstimewa.

Bukan sahaja dijual dengan harga murah, malah pembeli juga mendapat hadiah istimewa serta berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah.

Soyo datang dalam bentuk serbuk yang hanya perlu dibancuh dengan air panas atau sejuk untuk meminumnya. Ia boleh disimpan lama berbanding produk air soya yang pendek tempoh luputnya.

Ia juga sesuai untuk seisi keluarga serta rasanya yang enak. Walaupun baru berada di pasaran, namun Soyo semakin dikenali dan sudah ada penggemar setianya.

Pertandingan Juara Soyo Tarik diadakan bagi memperbanyakkan lagi cara meminum air soya.alt

Sesi tandatangan autograf

Selepas majlis selesai pihak penganjur memberi peluang kepada peminat untuk bertemu secara dekat dengan artis yang diundang.

Mereka boleh mendapatkan tandatangan dan bergambar bersama artis yang diminati. Ramai juga peminat mereka di Jitra, walaupun pada hari itu pejabat dibuka seperti biasa.

Wana, Roslan dan Ely diserbu peminat yang mahu mengabadikan gambar bersama mereka. Yalah bukan kerap artis turun ke Jitra. Inilah masa untuk mereka mengabadikan kenangan.

altJumpa lagi di Kuantan Parade

Selepas ini krew road show akan ke Kuantan Parade, Kuantan pada 4 April 2009.

Acara akan bermula pukul 12.00 tengah hari dengan artis popular seperti Stacy, Haiza, Zaleha Hamid dan Roslan Shah akan bersama-sama peminat.

Agendanya masih sama iaitu mencari Juara Soyo Tarik peringkat negeri Pahang pula yang akan ke pusingan akhir nanti. Kepada altpeminat di Kuantan, jangan lepaskan peluang berhibur serta menyertai Juara Soyo Tarik.

Pengunjung juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah daripada pihak Soyo.

Juara Soyo Tarik peringkat negeri akan membawa pulang RM200 manakala juara peringkat akhir nanti akan menerima wang tunai RM5,000. Tempat kedua pula menerima RM3,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM2,000.

Pemenang saguhati pada peringkat akhir nanti akan membawa pulang RM1,000. Lumayan sungguh hadiahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: