Minggu lalu heboh pasal penutupan Maestro Records yang menguruskan perjalanan seni penyanyi dan artis kelahiran Astro.
Ada yang terkejut dan tak kurang juga yang senyum lebar mendengar berita itu. Yang tersenyum itu kerana melihat masalah itu ada hikmahnya.
Apa pula kata artis luar? Mangga Muda sempat tanya kepada artis rakaman pasal perkara itu. Tak hampak pun dia terkejut, malah nampak macam suka saja.
"Dulu artis AF ini mengacau periuk nasi penyanyi lain. Bukan salah mereka tapi kerana keadaan pasaran pada masa itu.
"Pernah seorang penyanyi era 80-an yang telah confirm untuk menjayakan sebuah persembahan, tapi pada saat-saat akhir terpaksa dilupakan kerana penganjur mengundang artis AF.
"Untuk sejumlah bayaran yang diminta oleh seorang sahaja penyanyi seperti yang diminta oleh penyanyi itu pihak Maestro menawarkan persembahan lima artis mereka dengan jumlah bayaran yang sama.
"Pastilah penganjur mahukan lima penyanyi dengan jumlah bayaran yang sama," kata penyanyi itu.
Sementara itu khabanya bekas pekerja Maesro masih tertanya-tanya punca yang membawa kepada perubahan drastik itu.
Yalah... macam mana tak jadi tanda tanya apabila tiba-tiba saja perkara itu berlaku. Malah artis juga tertanya-tanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: