Thursday, April 2, 2009

Komedi pegawai keselamatan mall

altFilem komedi masih mendapat tempat di hati peminat wayang. Sebab itulah ada sahaja filem komedi ditayangkan di sini.

Terbaru filem Paul Blart: Mall Corp, kisah polis yang menjaga keselamatan di pusat membeli-belah. Filem itu akan ditayangkan mulai 16 April 2009 di sini.

Filem terbitan Columbia Pictures itu mengisahkan Paul Blart (Kevin James) yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah mall di New Jersey. Banyak insiden yang mampu membuatkan penonton tak kering gusi menontonnya.

altTurut berlakon filem arahan Steve Carr ini ialah Jayma Mays, Keir O’Donnell, Bobby Cannavale, Stephen Rannazzisi dan Shirley Knight. Filem terbitan Adam Sandler, mestilah tak lari daripada unsur komedi sepenuhnya.

“Saya sangat sukakan watak ini. Tiada siapa mempercayainya tapi akhirnya semua orang mengharapkannya,” kata Kevin James pasal watak yang dibawakannya kali ini.

James yang juga menulis cerita ini dapat idea selepas berbincang dengan Sandler untuk membuat cerita pasal seorang pegawai keselamatan yang menjadi penyelamat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: