![]() |
| LEONA LEWIS |
LEONA LEWIS enggan bercakap banyak demi menjaga suaranya. Juara program realiti TV, X-Factor itu sangat bimbang kehilangan suara disebabkan menjerit dengan kuat. Justeru, dia kurangkan bercakap.
"Bimbang memikirkan bagaimana masa depan karier muzik saya jika sesuatu berlaku pada suara saya. Sebab itu saya menjaga suara ini sebaik mungkin. Kalau boleh saya kurangkan bercakap dan kalau bercakap pun, tidak akan terjerit-jerit tetapi dalam nada yang perlahan," jelasnya.
Penyanyi berusia 24 tahun itu bimbang kehilangan suara kerana dia begitu suka menyanyi. "Saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan selain menyanyi. Apabila menyanyi, saya berasa dibawa ke dunia lain. Ia bagaikan mimpi," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: