| Album: Ghazala Ghazal Artis: Ghazala |
GHAZAL berupa irama tradisi yang berasal dari etnik Timur Tengah. Ia sangat popular di selatan tanah air terutama di Johor.
Kebelakangan ini sejak muzik ghazal diserapkan dalam kurikulum sekolah di Johor ia berjaya melahirkan ramai penggiat muda.
Hasil daripada kurikulum bersepatu yang amat berguna ini, lahirlah kumpulan ghazal fusion pertama menggelarkan diri mereka Ghazala.
Kumpulan ini ditubuhkan pada 2004 dan sudah menjayakan pelbagai persembahan terutama membabitkan Kerajaan Negeri Johor. Membanggakan apabila mereka turut melahirkan album menghimpunkan kompilasi lagu popular dan diberi judul Ghazala Ghazal.
Bijak mengeksploitasi evolusi muzik semasa, kumpulan Ghazala menghasilkan album ini dengan menampilkan melodi popular tetapi diberi sentuhan irama Ghazal.
Tidak terikat dengan komposisi irama tradisi mereka cuba memberi sedikit perubahan agar citarasa lagu ditampilkan dengan instrumen ghazal kedengaran menarik. Namun waktu sama elemen muzik asli digubah itu tidak hilang.
Pastinya album ini satu langkah bijak dilakukan Ghazala bagi menarik perhatian peminat muda untuk menghargai irama tradisi. Antara lagu dimuatkan dalam Ghazala Ghazal seperti Pintaku, Penangan Rindu, Harus Bagaimana, Aku Pening dan Rela Ku Punjuk.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: