KUALA LUMPUR: Mereka bukan perempuan tulen, tetapi bercita rasa tinggi. Hanya menerima warga asing sebagai pelanggan, kumpulan pondan ini pasti bertempik: ‘We accept US dollar only!’ (Kami hanya terima dolar Amerika!) jika dihampiri lelaki tempatan.
Begitu gelagat primadona bapuk atau ‘lady boy’ yang menjaja tubuh khusus kepada pelancong asing yang membanjiri beberapa pusat hiburan di Jalan P Ramlee di sini.
Pelacur pondan mewah terbabit yang berpeleseran pada tengah malam dan awal pagi tidak segan silu memujuk rayu sambil beraksi ‘panas’ di hadapan kaki disko yang melalui kawasan berkenaan.
Kebanyakan mereka langsung tidak melayan lelaki tempatan, sebaliknya hanya melayani warga asing yang biasanya berurus niaga menggunakan mata wang dolar AS.
|
Lebih membimbangkan, kehadiran golongan itu yang ada kalanya menjangkau sehingga 20 orang dalam satu-satu masa tidak sekadar mencari pelanggan seks sejenis, malah mempunyai misi jenayah menyeluk saku atau menipu pelancong asing.
|
Dalam kes terbaru, seorang penuntut sebuah kolej swasta warga Iran menjadi mangsa apabila telefon bimbit dan kameranya dilarikan mak nyah terbabit.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun bersama rakannya berjalan berhampiran kawasan berkenaan sebelum terserempak dua pondan.
Difahamkan, mangsa yang menuntut di sebuah kolej di Bandar Utama, Damansara, tergoda dengan seorang pondan terbabit sebelum dibawa ke kawasan rumah teres tinggal tidak jauh dari situ.
Pondan berusia 20-an bertubuh tinggi dan berambut panjang itu kemudian melakukan seks oral.
“Pelajar asing terbabit yang ketika itu sedang asyik dengan asmara berkenaan dipercayai tidak menyedari niat jahat pondan terbabit yang meraba poket seluarnya.
“Pondan itu mengambil telefon bimbit dan kamera milik pelanggannya tanpa disedari sebelum berlalu,” katanya.
Mangsa yang menyedari barang bernilai miliknya hilang kemudian membuat laporan polis.
Sumber itu berkata, polis kerap melakukan operasi dan menangkap pondan di kawasan berkenaan, tetapi mereka masih tidak serik walaupun pernah ditahan beberapa kali.
Terbaru, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Dang Wangi memantau kawasan Jalan P Ramlee bagi membanteras gejala itu.
Hasil pemerhatian, anggota polis melihat beberapa pondan dalam keadaan mencurigakan berhampiran lampu isyarat.
“Anggota polis mendapati seorang daripada pondan itu mundar-mandir di kawasan berkenaan sambil menahan dan berbual mesra dengan lelaki warga asing yang datang ke kawasan itu untuk berhibur.
“Polis percaya pondan terbabit menawarkan perkhidmatan seks dan cuba mencari pelanggan,” katanya.
Menurutnya, anggota polis menghampiri pondan itu lalu menunjukkan kad kuasa kepadanya.
“Sebaik menyedari kehadiran polis, pondan yang memakai skirt pendek dan kasut tumit tinggi itu cuba melarikan diri.
“Bagaimanapun, dia ditahan walaupun sebelum itu cuba bergelut dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro selama tiga hari di kawasan berkenaan mendapati golongan pondan terbabit terus menawarkan khidmat seks di kawasan berkenaan terutama pada lewat malam hingga jam 3 pagi.
Kebanyakan mereka yang berpakaian mencolok mata tanpa segan silu menyapa lelaki warga asing sambil menawarkan khidmat seks.
Wartawan yang cuba mendekati kumpulan itu bagaimanapun langsung tidak dilayan.
Tinjauan juga mendapati ada di kalangan pondan terbabit disyaki warga Indonesia berdasarkan dialek dituturkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: