JOHOR BAHRU 20 April – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menawarkan 3.3 bilion unit baru Amanah Saham Malaysia (ASM) dan 2 bilion Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020.
Unit ASM akan mula dijual esok manakala ASW 2020 pada 27 April ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di sini hari ini.
Tawaran unit-unit ASM dan ASW 2020 tertakluk kepada had pelaburan maksimum 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: