SHAH ALAM 20 April — Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.38 juta bagi tahun kewangan 2008 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima zakat itu daripada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzzaman Che Mat di Istana Bukit Kayangan di sini.
Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir Makhtar.
Penyerahan zakat perniagaan tersebut adalah berdasarkan bilangan pendeposit institusi berkenaan di Selangor.
Secara keseluruhan, Bank Rakyat menunaikan zakat berjumlah RM33.4 juta pada tahun kewangan 2008 di Malaysia berbanding RM31.9 juta pada tahun kewangan sebelumnya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: