BERJAYA. Kebimbangan penduduk Taman Paya Rumput Permai, Melaka mengenai satu demi satu kes kehilangan ayam mereka sejak kebelakangan ini akhirnya terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa batik kelmarin.
Semuanya bermula apabila seorang penduduk terserempak dengan ular sepanjang 4.5 meter itu yang berlingkar dalam reban ayam miliknya pada 7.45 malam kelmarin.
Panik melihat ular sebesar itu, dia terus mendapatkan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantar empat anggota diketuai Leftenan Rais Abdul Aziz.
Rais mengakui tugas menangkap ular seberat 30 kilogram itu mencabar kerana reptilia itu cuba melawan.
"Ular itu telah membaham dua ekor ayam dan cuba menelan seekor lagi ayam sebelum kami berjaya menangkapnya dalam masa lima minit," ceritanya dengan menambah, reptilia itu mungkin dilepaskan kembali ke habitat asalnya yang jauh dari kediaman manusia tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: