Sunday, April 26, 2009

Pengarah plagiat skrip

SEBENARNYA kisah plagiat memplagiat karya orang bukan satu cerita baru. Jadi kalau anda mempunyai sebarang ilham atau inovasi, patenkan sahaja cepat-cepat.

Kalau tak, macam-macam boleh jadi. Kawan sendiri pun boleh 'rembat' idea kita. Macam kisah seorang pengarah yang sanggup plagiat karya kawan sendiri demi kepentingan kerjayanya.

Pengarah ini memang popular dengan bakatnya dan aktif juga dalam penulisan skrip. Banyak juga karya-karyanya yang bagus.

Yang tak bagusnya Joyah dengar, dalam kita memuji dirinya kerana dianggap artis muda yang penuh berbakat rupa-rupanya dia plagiat karya kawannya.

Padahal Joyah dengar mereka menghasilkan karya bersama-sama. Tapi dia dakwa itu karya dia.

Yang kawannya itu bukan sahaja terlopong dek kerana ditipu kawan sendiri. Yang pasti, satu sen hasil pun tak dapat daripada karya yang diilhamkan bersama-sama.

Joyah dengar bukan satu karya sahaja yang dia plagiat. Ada juga satu lagi karya juga dia dakwa idea dan hasil nukilannya tapi yang satu itu dia bayar. Tapi ciput sajalah. Mungkin sebab nak tutup mulut si kawan ini supaya tak bising-bising kemudian hari.

Yang kawan ini pula, walaupun panas hati tapi malas nak layan perbuatan tak bermoral pengarah ini yang juga selalu kata dia adalah pelajar terbaik.

Sebab dia percaya, kebenaran akan diketahui juga akhirnya!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: