Sunday, April 26, 2009

Maya anti beg plastik

JOYAH suka sungguh dengan semangat aktres cantik yang satu ini. Kalau perihal pemuliharaan alam sekitar, memang dia melakukannya bersungguh-sungguh. Baru-baru ini dia menjayakan kempen anti beg plastik dan bergandingan bahu dengan tiga buah sekolah sekitar Lembah Kelang mengutip beg plastik di persekitaran mereka.

Selama tiga minggu, 4,000 pelajar dari tiga sekolah iaitu Sekolah Rendah Taming Jaya, Seri Kembangan, Sekolah Rendah Sri Selangor, Subang dan Sekolah Rendah Tun Hussein Onn 2, Cheras membantu mengutip beg plastik yang ada di persekitaran mereka, tak kiralah di sekolah, rumah atau di mana sahaja yang mereka jumpa.

Minggu lalu cara kemuncak kempen alam sekitar tersebut diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiga bola gergasi dari tiga buah sekolah berjaya dikutip dalam tempoh tiga minggu. Bayangkan!

Bukan sahaja boleh buat longkang tersumbat, lebih menakutkan adalah beg plastik akan kekal dalam persekitaran kita beratus-ratus tahun lamanya.

Patutlah sejak sekian lama Maya begitu mengimpikan untuk menjayakan kempen anti beg plastik ini. Malah dia sendiri sudah tidak lagi menggunakan beg plastik sejak sekian lama.

Jadi Maya begitu gembira kerana berjaya merealisasikan impiannya untuk terlibat dalam kempen anti beg plastik sempena sambutan Hari bumi pada 22 April lepas.

Malah Maya dalam ucapannya pada acara kemuncak kempen itu memberitahu teringin melaksana kempen kesedaran ini di semua sekolah di Malaysia.

Bukan itu sahaja, dia juga amat mengharapkan rakyat Malaysia amnya menjadi warga yang bertanggungjawab terhadap bumi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: