ARTIS wanita ini nak kata baru, tak juga. Dah lama jugalah dia terlibat dalam bidang seni ini. Tapi nak kata popular, tak juga. Namun Joyah rasa, kalau tengok rupa ada jugalah yang kenal dirinya.
Cuma sejak kebelakangan ini, artis wanita yang seorang ini semakin sibuk buat kerja-kerja promosi untuk kegiatan seninya. Buat fotografi sini sana.
Dalam dok sibuk buat promosi kerjaya, yang syoknya, dia juga sibuk jaja kisah cinta sendiri. Orang tak tanya, dia pula yang tawar diri nak cerita.
Ceritanya, dia ini bercinta dengan penyanyi pop popular yang menjadi pujaan ramai. Kata si artis wanita yang masih muda belia ini, dia dah lama bercinta dengan penyanyi itu.
Tapi dalam nada kecewa dia memberitahu, penyanyi pop itu sudah pun meninggalkan dirinya. Alahai... Yang dok sibuk-sibuk lagi jaja cinta yang tak kesampaian buat apa. Teruskan sajalah kehidupan masa kini dan cari cinta lain.
Tapi Joyah dengar, artis wanita ini macam tak puas hati dengan perpisahan itu. Itu yang khabarnya meroyan jaja kisah itu sana sini.
Khabarnya setiap kali jumpa wartawan, itulah antara cerita yang keluar daripada mulutnya. Bukan itu sahaja, yang buatkan orang sekeliling rengsa dengan artis wanita ni bukan sahaja kerana terpaksa pekak telinga dengar kisah cintanya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: