Sunday, April 26, 2009

Pelakon nak saman produser

Nampaknya tak lama lagi akan kecoh satu Malaya apabila seorang pelakon khabarnya nak saman seorang produser filem.

Produser filem yang nak kena saman tu pada dasarnya seorang yang baik. Tapi kadang-kadang mulut dia tu yang laser sikit.

Sebab itulah ada sesetengah pelakon macam dah serik nak berlakon di bawah syarikat produksi dia.

Dan yang terbaru Niezam dengar cerita pelakon yang dimaksudkan ni rupa-rupanya dah naik hantu dengan produser berkenaan gara-gara produser tu mungkir janji.

Kisahnya macam ni. Pelakon dan produser tu pada asalnya berkawan baik. Si pelakon pun sanggup berlakon dengan syarikat produksi milik produser berkenaan.

Selain berlakon, mengikut perjanjiannya kedua-dua mereka menjadi penerbit bersama.

Maknanya sama-sama keluarkan modal nak buat filem. Kalau untung dibahagi sama rata.

Yang menjadi masalahnya selepas filem berkenaan ditayangkan di panggung, produser tersebut dah main kotor.

Kutipan filem khabarnya melebihi setengah juta. Tapi bila dah dapat duit, si produser buat-buat lupa janji dia nak bagi sama rata.

Artis tu pun dah puas pujuk nak tuntut duit dia tu tapi tak dapat-dapat.

"Disebabkan perkara tu si artis dah buat laporan polis. Dia akan failkan saman di mahkamah melalui peguam dia. Dalam dua atau tiga bulan nanti kita semua akan dapat tahulah cerita ini," kata sumber itu.

Dalam masa yang sama seorang lagi pengarah filem terkenal pun turut kena 'kencing' dengan produser yang dimaksudkan. Apa nak jadi produser filem kita ni ya?

NIEZAM: Selamat Hari Jadi buat Datuk Yusof Haslam yang ke-55 tahun semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: