Petang Rabu lalu pelakon Diana Rafar, 27, sibuk hantar kad undangan perkahwinannya dengan Zamarul Hisham, 38, yang akan diadakan pada 16 Mei ini.
Kata Diana, mulanya dia orang rancang nak buat majlis ni kecil-kecil saja tapi pada saat-saat akhir dah jadi majlis besar. Diana mengadu dia pun dah sakit kepala kerana nak uruskan banyak benda untuk majlis kahwin mereka yang akan diadakan di Bougainvilla Garden, bersebelahan Hotel Concorde, Shah Alam.
Kata Diana, setakat ni dah lebih RM100,000 dia orang dah berhabis menguruskan katering, pelamin dan perkara-perkara remeh lain.
Tapi Diana mengaku yang dia bersyukur selepas lapan tahun bercinta dengan Zamarul akhirnya dia orang kahwin juga.
Sebelum ini ada yang mendakwa mereka dah putus cinta apatah lagi ketika timbul isu Mawi menghadiahkan ikan yang dipancingnya kepada Diana tak lama dulu.
Kata Diana lagi dianggarkan 1,000 tetamu akan hadir pada majlis kahwin mereka. Malah khabarnya wakil dari pihak Istana pun nak hadir termasuklah beberapa orang besar negara.
Bila Niezam tanya tak ada ke orang nak sponsor majlis kahwin dia orang, kata Diana memang ramai. Cuma Zamarul saja tak nak sebab dia lebih suka guna wang titik peluh dia sendiri.
Dalam masa yang sama Niezam pun dapat tahu yang TV3 nak buat siaran langsung majlis kahwin mereka itu nanti. Ha! nak lawan dengan Astro? Yalah, hujung tahun lalu ada wartawan TV3 mendakwa kena halau di majlis kahwin Mawi dan Ekin oleh Astro. Kali ni kalau ada siaran langsung lagi, stesen mana pula nak kena halau? Harap-harap tak laa jadi macam tu.
NIEZAM: Selamat pengantin baru buat wartawan hiburan Kosmo! Marliah Surip dengan jurufoto Abd. Razak yang akan kahwin pada 9 Mei ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: