Sunday, April 26, 2009

Nurul Syuhada digugurkan dari Majalah Tiga

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sejak beberapa minggu lalu rancangan Majalah Tiga yang disiarkan setiap hari Sabtu di TV3 dah tak ada?

Jadi dek kerana itu timbullah macam-macam persepsi kononnya pihak pengurusan TV3 nak susun semula beberapa program majalah terbitan mereka.

Selain cerita itu, Niezam dengar kononnya pihak TV3 sengaja merehatkan rancangan itu buat seketika. Ada khabar angin mengatakan pengacara rancangan itu Nurul Syuhada, 25, hendak digugurkan dan akan digantikan oleh orang lain.

“Aku dengar macam tu la. Nurul hendak digantikan dengan orang baru. Kita tunggu dan lihatlah nanti ya,” kata sumber berkenaan.

Terkejut juga kenapa Nurul yang baru dua tahun menjadi pengacara rancangan itu hendak dibuang sedangkan dia memang berbakat?

Dalam masa yang sama pula Niezam turut dengar cerita kononnya stesen TV itu kurang selesa apabila banyak cerita yang mengaitkan Nurul dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Tapi itu kata oranglah. Sejauh mana benar cerita tersebut tak ada siapa yang boleh buat kenyataan secara rasmi. Sebaliknya ramai yang bercakap-cakap saja mengenai hal itu.

Petang Isnin lalu Niezam terus hubungi Nurul yang kebetulan ada tugasan di Terengganu. Nurul pun terkejut dengan cerita tersebut. Tapi Nurul tak nafikan rancangan itu memang direhatkan buat sementara. Nurul pun masih buat tugasannya untuk beberapa segmen musim baru akan datang.

Disebabkan perkara itulah sejak dua, tiga minggu lalu rancangan berkenaan sudah tak muncul-muncul lagi.

“Sekarang ni pun Nurul masih buat tugasan untuk Majalah Tiga. Nurul tak tahu langsung cerita yang Nurul hendak digugurkan itu,” katanya.

Yalah, kalau tak betul mungkin ia satu khabar angin la. Tapi khabar angin selalunya betul. Tak tahulah pula macam mana dalam kes ni? Apa-apa pun harap-harap cerita ni tak betullah ya.

NIEZAM: Saksikanlah Ashraf Muslim, Datuk Jalaludin Hassan dan Radhi Khalid jadi pondan dalam Teater Patung Kertas di Matic dari 23 April - 3 Mei ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: