Sunday, April 26, 2009

Pekerja rentung premis gas meletup


ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran premis menyimpan tong gas
di Kawasan Perindustrian Sungai Lokan, Butterworth malam kelmarin.


BUTTERWORTH - Seorang pekerja terbunuh manakala rakannya cedera parah apabila premis menyimpan tong gas memasak untuk kegunaan industri tempat mereka bekerja tiba-tiba meletup dan terbakar malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11 malam di Kawasan Perindustrian Sungai Lokan, Sungai Dua di sini, mangsa rentung dan masih belum diketahui identitinya.

Mayatnya hanya ditemui di dalam premis berkenaan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 9.30 pagi semalam semasa siasatan dijalankan di lokasi kejadian.

Rakannya, seorang pekerja warga Bangladesh berumur lingkungan 20 tahun, dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya kerana melecur 90 peratus badannya.

Letupan kuat itu telah menyebabkan berlaku gegaran yang boleh dirasai sekitar kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Turut mengalami kerosakan ialah lebih 30 premis lain terletak berhampiran yang kebanyakannya pecah cermin dan siling.

Malah persekitaran kawasan kejadian juga turut dipenuhi serpihan kaca yang bertaburan selain runtuhan konkrit yang berselerak.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd. Razam Taja Rahim berkata, sebaik sahaja menerima panggilan, enam buah jentera bersama 60 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: