|
|
HELEN MIRREN mahu bisnes pelacuran dibenarkan berjalan dengan sistematik dan diberi lesen yang sah bagi menjamin keselamatan para pelacur.
Pemenang Oscar yang melakonkan watak pemilik rumah pelacuran berlesen pertama di Nevada menerusi filem Love Ranch ketika muncul dalam program bual bicara kelolaan Jonathan Ross berkata: "Rumah pelacuran sepatutnya diberikan lesen, kerana jika ia beroperasi secara haram, pelacur-pelacur yang bekerja dengan rumah pelacuran itu sering didera dengan kejam baik dari segi mental mahupun fizikal."
Bisnes rumah pelacuran ketika ini diharamkan di kebanyakan negara Eropah dan di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat.
Helen mengakui suaminya, Taylor Hackford yang mengarah filem itu begitu teruja. "Taylor malah 'memaksa' saya bermalam di sebuah rumah pelacuran supaya saya dapat menjiwai watak saya itu dengan lebih mendalam," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: