Friday, April 17, 2009

Pakai mahkota sambil mandi


JENNIFER LOVE HEWITT


JENNIFER LOVE HEWITT mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan dirinya. Dia gemar relaks sambil berendam dalam tub mandi.

Namun, lebih unik dia memakai mahkota di kepalanya, ala-ala puteri sedang berendam.

Beritahunya kepada majalah Maxim: "Saya mempunyai cara baru untuk memanjakan diri selepas seharian letih bekerja.

"Saya mandi buih dalam tab mandi, bergaun lengkap dengan mahkota. Ia seperti puteri-puteri dari watak Disney yang sedang berendam."

Dalam pada itu, Jennifer juga mengakui dia menggemari lelaki yang pandai membuat kelakar.

"Saya suka lelaki kelakar. Mereka tidak perlu menjadi orang lain atau terlalu mengawal kelakuan bila berhadapan dengan wanita," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: