Sunday, April 19, 2009

Nirina isteri Ernest Cokelat

Melafazkan akad nikah di rumah yang bakal diduduki menjadi pilihan Nirina dan Ernest, gitaris kumpulan Cokelat. Mereka mahukan termeterainya janji mereka di ‘istana’ yang bakal didiami mereka. Jadi setiap ruangan di rumah itu akan mengingatkan pada janji yang pernah terucap iaitu ijab kabul.

Nirina yang mula dikenali di Malaysia melalui filem Hearts ini, inginkan sebuah perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Tidak perlu pada sebuah perkahwinan yang besar-besaran kerana menurutnya tidak sesuai dengan suasana ekonomi sekarang.

Nirina menerima sebuah laptop, sepasang alat solat dan wang tunai Rp 549.000 (RM 182.54) sebagai mas kahwin. Angka pada wang tunai bermaksud tanggal, bulan dan tahun mereka disatukan iaitu pada 5 April 2009.

Walaupun sederhana dan diadakan di rumah, tetapi majlis perkahwinan yang dikunjungi oleh 2,000 tetamu ini kelihatan meriah dengan kunjungan rakan-rakan artis dan peminat-peminat mereka.

Antara rakan artis yang sempat hadir ialah Luna Maya, Titi Kamal, Winky Wiryawan-Kenes dan beberapa lagi selebriti lain.

Majlis perkahwinan ini diserikan lagi dengan persembahan dari band Cokelat malah Ernest juga sempat menyanyikan sebuah lagu untuk isteri tercinta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: