Foto seoarang gadis yang berpakaian seksi yang beredar di Internet itu bukan milik Acha Septriasa. Milik siapakah foto yang mirip Acha itu?
Akhirnya, terjawab juga persoalan ini bila Acha sendiri yang membuka mulut. Foto itu milik adiknya, Juwita Marsha yang muda setahun setengah daripadanya dan mereka memang memiliki wajah yang sama seakan-akan kembar.
Foto-foto yang menampilkan gadis yang berpakaian singkat, mendedahkan sebahagian dadanya dan menampakkan pakaian dalamnya itu kelihatan sedang bersandar pada seorang lelaki dan memegang rokok.
Lebih nakal lagi gadis itu sempat menjelirkan lidahnya. Foto-foto itu diambil di sebuah pub.
Menurut Acha, foto-foto itu diambil oleh orang yang tidak bertanggungjawab semasa adiknya itu sedang berhibur bersama kawan-kawannya di sebuah pub ketika menyaksikan abangnya bermain muzik, kerana terlalu asyik mendengar muzik, Juwita tidak sedar fotonya diambil.
Bagi Acha itu bukanlah gambaran sebenar sikap adiknya, dia amat memahami siapa adiknya dan di waktu itu adiknya hanyalah ingin berhibur.
Namun Acha berharap peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada adiknya supaya lebih berhati-hati kerana di waktu ini teknologi amat canggih dan boleh dieksploitasi oleh sesiapa sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: