Sunday, April 19, 2009

Nurul Syuhada berkawan rapat dengan Dr. Faiz

Assalamualaikum Syuhada. Saya adalah salah seorang peminat Syuhada dan ingin terus mengetahui perkembangan Syuhada sebagai anak seni.

1. Berapa umur Syuhada sekarang?

2. Apa status hubungan syuhada dengan Mejar Dr. Faiz?

3. Sebagaimana kita tahu Syuhada adalah salah seorang pengacara yang hebat dalam industri seni ini. Adakah syuhada ingin meneruskan bidang pengacaraan ini ataupun sudah mengintai ke bidang lain?

4. Kepetahan bicara syuhada dalam mengacara sesuatu program amat menarik minat kami sebagai peminat. Jadi, apakah perasaan Syuhada memiliki kelebihan tersebut?

n Nurul Husna Mohamad,

Simpang, Perak.

NURUL SYUHADA

1. Saya sudahpun berusia 25 tahun

2. Buat masa ini kami berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Itu sahaja yang boleh saya beritahu buat masa ini.

3. Saya selesa dengan bidang yang saya ceburi. Bidang pengacaraan memang menjadi pilihan saya setakat ini. Saya masih belum puas dan masih banyak lagi perkara yang perlu diterokai.

4. Terima kasih. Saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dan berterima kasih di atas sokongan saudari dan semua peminat setia Majalah Tiga.

Bersyukur dengan nama sendiri

Hai, moga Nurul Syuhada sihat di samping keluarga dan orang yang tersayang. Saya ada beberapa soalan dan harap Nurul Sudi jawab.

1. Kenapa nama penuh Nurul Syuhada Nurul Ain?

2. Kak Nurul menyambung kursus Sains Marin, tetapi menjadi pengacara. Komen sikit?

3. Apakah falsafah hidup Kak Nurul?

Semoga berjaya dalam hidup dan ceria selalu.

n N.A.S, Pulau Pinang.

NURUL SYUHADA

1. Nama tersebut tidaklah pelik sangat. Lagipun ia adalah pilihan ibu bapa dan saya sangat berbangga dan bersyukur mempunyai nama sebegitu.

2. Dah rezeki di bidang ini. Mungkin telah ditakdirkan untuk menjadi pengacara dan saya bersyukur dengan ketentuan-Nya.

3. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Tiga tahun mengacara

Assalamualaikum Kak Nurul,

Saya suka melihat Kak Nurul mengacara terutama ketika di Majalah Tiga.

1. Sudah berapa lama Kak Nurul berkecimpung dalam dunia pengacaraan?

2. Kak Nurul tak nak cuba dalam bidang lakonan pula ke?

3. Apa rahsia Kak Nurul menjaga kecantikan muka terutama kulit?

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya, harap Kak Nurul terus maju dalam bidang pengacaraan.

n Yana, Selangor.

NURUL SYUHADA

1. Saya sudah berkecimpung dalam dunia pengacaraan selama tiga tahun.

2. Saya masih belum terfikir ke arah itu. Bagi saya bidang kewartawanan dan pengacaraan masih lagi menjadi keutamaan.

3. Semua orang juga boleh mendapatkan kulit yang cantik. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan penjagaan asas yang sesuai dengan kulit wajah. Itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan kulit anda cantik.

Nak ada program sendiri

Assalamualaikum.

Harapan saya agar Syuhada sentiasa berada dalam rahmat Ilahi dan sentiasa dimurahkan rezeki.

1. Suatu masa dahulu Majalah Tiga merupakan antara rancangan yang paling menarik perhatian peminat. Tapi kini ia semakin suram walaupun pelbagai informasi disajikan. Sebagai pengacara apa komen anda tentang perkara ini.

2. Bagaimana anda mengawal situasi atau gosip-gosip panas yang anda terima yang kadang kala di luar batasan?

3. Apa hala tuju anda dalam bidang pengacaraan?

n Siti Situ Sana Sini, Kuala Lumpur.

NURUL SYUHADA

1. Terima kasih di atas komen, namun berbeza dengan perspektif kami di Majalah Tiga yang semakin mendapat sambutan. Kejayaan 24 tahun program ini bukan bergantung kepada pengacara sahaja tetapi ia merangkumi dari sudut editorial, pengisian dan kerjasama tenaga produksi.

2. Bukan mudah sebenarnya apabila didatangi gosip-gosip tak berasas ini. Selagi tidak menjejaskan diri saya dan keluarga, saya anggap ini hanya berunsur fitnah dan asam garam kehidupan.

3. Saya mahu terus berjaya dan mempunyai identiti. Mungkin pada waktu itu saya sudah memiliki program tersendiri.

Serah jodoh pada tuhan

Hai, saya merupakan salah seorang peminat Nurul sejak diawal kemunculan lagu dan berharap agar Nurul terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.

1. Bila lagi nak tamatkan zaman bujang?

2. Daripada kaca mata Nurul sendiri, apa keistimewaan yang dimiliki oleh Mejar Dr. Faiz Khalid?

3. Jika tidak menjadi pengacara dan juga selebriti, apa akan terjadi kepada Nurul?

Semoga Nurul terus berjaya menjadi salah sorang pengacara terbaik Malaysia satu hari nanti.

n Noryn dan Edah, KL.

NURUL SYUHADA

1. Soal jodoh bukan perkara yang boleh di buat main-main. Saya hanya berserah kepada Allah SWT dalam menentukannya.

2. Mungkin ada yang melihatnya daripada perspektif yang berbeza. Tapi saya melihat dia sebagai anak watan yang berjaya mengangkat martabat Malaysia dalam bidang sains angkasa dan teknologi.

3. Mungkin saya akan menjadi pensyarah atau membuka tadika kanak-kanak.

Suka Oprah Winfrey

Assalamualaikum. Semoga awak terus ceria dalam menempuh hari yang mendatang. Saya sentiasa menyokong kerjaya seni anda sampai bila-bila.

1. Siapa idola anda dalam bidang pengacaraan?

2. Bagaimana anda mengawal situasi semasa mengacarakan sesebuah majlis?

3. Bila lagi nak cuba cabang bidang seni yang lain?

n Mat Belia, Johor Bahru

NURUL SYUHADA

1. Idola saya Oprah Winfrey, Wan Zaleha Radzi, Mahadzhir Lokman.

2. Sentiasa bersikap tenang dan bersahaja dalam mengawal apa juga situasi.

3. Saya masih belum berfikir untuk mengubah bidang setakat ini. Pengacaraan menjadi komitmen utama dan biarlah saya berjaya dalam bidang ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: