Pelakon komedi Nabil kini bergelar Artis Paling Popular apabila memenangi anugerah tersebut pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pada 12 April 2009.
Nabil mengetepikan artis popular yang lebih senior termasuk Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza. Nabil juga memenangi kategori Pelakon Lelaki Komedi Popular dan Artis Baru Popular.
Nabil mengulangi kejayaqan Saiful Apek apabila mengetepikan Siti beberapa tahun lalu. Nampaknya pelawak sekarang sudah boleh menggugat pelakon dan penyanyi popular.
Undian Nabil sebanyak 125, 524 jauh meninggalkan artis di tempat kedua, Mawi dengan hanya 55,080 dan Siti dengan 29, 676 undian.
Mawi menang kategori Penyanyi Lelaki Popular manakala Siti menang Penyanyi Wanita Popular.
Turut mendapat undian tinggi, Aznil Nawawi (pemenang Pengacara TV Lelaki Popular) dan Meet Uncle Hussain (menang Artis Berumpulan/Dou Popular)dengan 11,784 undian.
Nabil membawa pulang kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000, perhiasan Refflesia berharga RM150,000 serta pakej penginapan mewah di Hotel Palace of the Golden Horses bernilai RM8,000.
Tahniah kepada Nabil. Tapi Nabil terover sikit. Gara-gara terlalu teruja dengan anugerah itu Nabil lupa reaksinya diperhatikan apabila dia memeluk kekasihnya pelakon, Irma Hasmie yang duduk sebarisnya di Arena of Stars, Genting Highlands, tempat berlangsungnya majlis tersebut.
Juara program Raja Lawak itu mampu menggugat kedudukan penyanyi dan pelakon sedia ada, apatah lagi banyak program TV yang menampilkannya sekarang.
Ada yang pesan agar Nabil tidak mudah lupa diri. Tengoklah macam mana pula situasi Nabil selepas ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: