Kimora seorang model terkenal, seorang ikon fesyen, mogul industri fesyen dan seorang ibu kepada dua anak perempuan yang comel.
Ya... siapa lagi kalau bukan Kimora Lee Simmons. Dia sememangnya seorang ikon fesyen dan ahli perniagaan yang berjaya di Hollywood.
Kimora dan kedua anak perempuannya Ming dan Aoki Lee kini kembali menghiburkan anda untuk musim ke-2! Kimora: Life in the fab Lane (Musim kedua) yang mula menemui penonton pada 8 April 2009 pukul 9.30 malam hanya di 8TV.
“Kimora Lee Simmons merupakan fesyen ikon yang sentiasa menjadi ikutan di Hollywood. Memulakan karier sebagai seorang model terkemuka sebelum mengetuai syarikat gergasi Baby Phat, KLS dan Fabulosity,” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.
Kimora bukan sahaja komited dengan segala yang dilakukannya malah turut mempamerkan semangat sebagai seorang ketua yang disegani tidak dilupakan sebagai seorang ibu yang penyayang dan cukup dikagumi.
"Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang bekerja dan terpaksa menjaga keluarga pada waktu yang sama. Siri ini pastinya dapat memberi sedikit tip dan pengajaran untuk semua ibu-ibu menangani masalah ini,” katanya.
Kimora: Life in the Fab Lane ada 9 episod yang memaparkan kehidupan Kimora sebagai seorang wanita berkerjaya, selebriti dan juga ibu. Jika pada musim pertama, program ini lebih banyak menyiarkan bagaimana Kimora membangunkan perniagaannya, sekarang lebih fokus kepada bagaimana Kimora menjayakan perniagannya untuk lebih dikenali.
Kimora menjalankan beberapa sesi fotografi, memulakan patung Barbie Kimora, melancarkan koleksi barang kemas, berpindah ke rumah baru dan turut memenangi anugerah Pereka Fesyen Terbaik.
Kimora juga bertambah sibuk dengan persiapan hari jadi anaknya Ming Lee yang menyambut kelahirannya yang ke-8. Pada masa yang sama Aoki mengalami sakit gigi dan enggan dibawa berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.
Banyak yang berlaku dalam kehidupan Kimora untuk musim ini. Jangan lupa untuk menonton Kimora: Life in the Fab Lane.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: