Tuesday, April 14, 2009

David Archuleta memikat

altSiapa kata artis remaja hanya boleh memikat golongan sebaya mereka? Orang yang lebih dewasa juga boleh diajak berhibur sama. Buktinya konsert sulung pemenang tempat kedua American Idol musim ketujuh, David Archuleta turut mengajak peminat dewasa menyukainya.

Archuleta, 18, mengadakan persembahan di Sunway Lagoon amphiteatre pada 11 April 2009. Lebih 6,000 peminat pelbagai bangsa berhimpun untuk berhibur dengan lagu-lagunya.

Archuleta yang popular dengan lagu Crush datang ke Malaysia untuk mengadakan tour promosi album sulung edaran Sony BMG. Showcase tersebut sebagai pelengkap tournya.

Peminat membawa sepanduk bagi menyatakan perasaan sayang mereka terhadap penyanyi yang murah dengan senyuman itu. Mereka juga turut menyanyi bersama apabila dia menyanyikan lagu yang dihafal, khususnya lagu Crush.

Walaupun konsert bermula pukul 3.00 petang, ada peminat yang mula menunggu seawal pukul 8.00 pagi untuk mendapat tempat duduk yang dekat dengan pentas.

Kena kerja keras

Sementara itu dalam siatu sidang akhbar altArchuleta mengatakan penyertaan dalam rancangan realiti bukanlah satu jalan mudah untuk mencipta nama, sebaliknya mereka juga harus bekerja keras. Dia sendiri kuat berusaha untuk berjaya seperti hari ini.

"Americal Idol bukankan jalan yang mudah, terlalu ramai yang berbakat datang uji bakat. Saya sertainya kerana saya mempunyai impian besar dan itulah antara yang saya idamkan," katanya.

Demikian juga dengan pilihan muzik, seseorang harus tahu arah yang bakal mereka bawa dan serasi dengan apa yang jiwa mereka mahukan.

altArchuleta akui, ada yang berpendapat dia sepatutnya menghasilkan muzik yang lebih klasikal kerana mempunyai vokal yang cenderung ke arah itu. Walaupun masih muda dia memiliki tone suara yang besar.

"Saya ingin tunjukkan jiwa muda saya. Saya masih muda dan ingin jadi muda. Ada yang kata saya patut jadi seperti Josh Groban. Saya mahu muzik saya dekat dengan peminat sebaya dan juga memikat kelompok lain juga," kata Archuleta yang selesa di jalur pop.

Sementara itu Archuleta juga menerima sepersalinan lengkap baju Melayu yang dihadiahkan oleh pihak Sony BMG sempena laltawatannya ke Malaysia. Anak muda itu seronok apabila dipakaikan pakaian kebudayaan orang Melayu itu.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: