Wednesday, April 22, 2009

Minat lelaki yang menangis


KEIRA menolak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan hero filem-filem lakonannya.


KEIRA KNIGHTLEY mengakui dia tertarik kepada lelaki yang boleh menunjukkan emosi dan kemudian mengalirkan air mata.

"Bagi saya, perkara paling bersifat kelelakian yang boleh dilakukan oleh lelaki adalah menangis kerana ia untuk menunjukkan sisi dalaman perasaan mereka," ujarnya.

Keira,24, yang kini bercinta dengan aktor Rupert Friend juga menegaskan dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan aktor yang berganding dengannya di layar perak.

Menurut Keira: "Saya tidak akan menjalinkan hubungan cinta dengan hero filem-filem lakonan saya. Mereka biasanya akan bertukar menjadi seperti abang-abang saya sahaja."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: