![]() |
| BERGAMBAR kenangan berlatar belakangkan Menara Eiffel di Paris. |
HUGH JACKMAN mengakui dirinya tidak dikenali oleh peminat filem ketika muncul di tempat awam sehinggakan dia terpaksa menyakinkan mereka siapa dirinya yang sebenar.
Perkara itu berlaku ketika dia mula-mula berlakon sebagai Wolverine menerusi filem X-Men pada tahun 2000.
Beritahunya kepada Contactmusic: "Saya pernah bertemu dengan seorang lelaki yang tidak percaya saya ialah pelakon yang melakonkan watak Wolverine. Malah, saya sehingga terpaksa menunjukkan lesen memandu saya kepadanya."
Dia juga mengakui ada yang menyangka dia ialah aktor Rupert Everett yang berlakon dalam filem My Best Friend's Wedding.
"Saya berada di Moscow ketika mempromosi sebuah X-Men dan ketika bersarapan di sebuah kafe, seorang pelayan wanita yang datang membawa makanan kepada saya berkata: 'Hello, saya hanya ingin menyatakan anda ialah aktor kesukaan saya. Bagi saya, filem My Best Friend's Wedding sangat hebat,' dan saya jawab 'Betulkah? Ia memang sebuah filem hebat tapi saya tidak berlakon dalam filem itu.'
"Dan wanita itu lalu berkata, 'Tidaklah, anda berlakon filem itu. Saya telah menontonnya sebanyak 100 kali.' Apabila saya menyatakan saya ialah salah seorang filem X-Men, dia kemudian menyangka saya ialah Vin Diesel yang berlakon dalam filem XXX."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: