Thursday, April 23, 2009

Mahu selamat anak, diri sendiri rentung


Tiga jiran Le Lee tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui dia mati rentung dalm kebakaran di rumahnya di Taman Setia Indah, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang wanita yang mahu menyelamatkan anak lelakinya yang disangka terperangkap dalam bilik yang terbakar tetapi dia pula mati rentung.

Mayat Kong Le Lee, 43, ditemui mati di depan pintu bilik anaknya yang telahpun dapat menyelamatkan diri terlebih dahulu.

Kejadian pukul 6 pagi di sebuah rumah di Taman Setia Indah di sini semalam berlaku ketika Le Lee, suami dan anaknya yang berusia 14 tahun itu sedang tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.

Difahamkan ketika kebakaran, Le Lee cuba untuk menyelamatkan anaknya tanpa menyedari anaknya itu telah berjaya keluar dari rumah.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Azman Jantan berkata, mayat wanita itu ditemui di dalam bilik anak mangsa dalam keadaan terlentang di hadapan pintu.

"Kita percaya mangsa cuba keluar dari bilik tersebut tetapi gagal kerana api telah marak di luar bilik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: