Thursday, April 23, 2009

Boleh hidup selesa tanpa RM1j


RAKYAT Malaysia mampu hidup selesa pada usia bersara memandangkan kadar tabungan mereka antara tertinggi di dunia. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Orang ramai daripada kelas bawahan dan pertengahan masih boleh mengekalkan taraf kehidupan sederhana dan selesa selepas persaraan walaupun mereka tidak ada simpanan sehingga RM1 juta.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Askandar berkata, jumlah RM1 juta itu tidak perlu jika seseorang bijak mengatur perbelanjaan tanpa pembaziran.

Menurutnya, nilai simpanan tujuh angka itu memang sukar dicapai oleh golongan kebanyakan dan hanya dimiliki oleh mereka yang sudah biasa hidup mewah dan mempunyai pendapatan tinggi semasa masih bekerja.

"Walaupun pesara tiada lagi pendapatan tetap, bagi orang Malaysia, sudah menjadi budaya anak-anak akan membantu ibu bapa dan ini sedikit-sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan,'' ujarnya ketika dihubungi semalam.

Kamaruzaman mengulas laporan sebuah akhbar kelmarin bahawa rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk hidup selesa semasa bersara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: