Sunday, April 26, 2009

Madonna ke mahkamah Malawi 4 Mei

BINTANG pop terkemuka, Madonna dilaporkan bersetuju untuk menghadiri kes rayuan anak angkatnya yang berusia tiga tahun di Malawi bulan depan. Wakil Madonna, Liz Rosenberg menyatakan perkara itu dan turut tidak mempercayai tentang kehadiran bintang itu pada 4 Mei ini.

Katanya, wanita itu benar-benar ingin mengambil Chifundo "Mercy" James sebagai anak angkatnya. Penyanyi itu sudah mempunyai seorang anak angkat lelaki yang diambil dari negara yang sama yang berasal dari selatan Afrika.

Baru-baru ini, Hakim Esme Chombo dari Mahkamah Agung Malawi menolak permohonan Madonna untuk memohon anak angkat kedua dari negara ini atas alasan dia tidak memenuhi keperluan prospektif bahawa penjaga perlu tinggal di Malawi sekurang-kurangnya selama 18 bulan.

Madonna sebelum ini juga dilaporkan memberitahu media di Malawi yang dia ingin memberi pendidikan, keselesaan, rumah, suasana keluarga yang penuh kasih sayang, pendidikan yang terbaik dan kesihatan yang memberangsangkan buat Mercy.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: