PAULA Abdul berkata, kontrak menjadi juri dalam rancangan realiti American Idol tamat pada musim ini dan tiada siapa yang dapat menggantikannya.
Dalam satu temuramah yang dibuat dengan agensi ABC News, Paula menyatakan rasa sayangnya pada rancangan itu terutama pada musim ini yang mengumpulkan empat juri termasuk Kara DioGuardi.
"Saya sayang pada program itu, benar. Saya juga suka dengan apa yang dilakukan sepanjang mengendalikannya. Walaupun ia mengambil masa sedikit untuk membuatkan saya rasa selesa dengannya," kata Paula.
Bila ditanya tentang siapa yang paling layak untuk menggantikan tempatnya, Paula berkata, "Saya rasa tiada siapa yang mampu melakukannya. Saya pernah bertanyakan kepada Kara, dia memberitahu yang dia juga layak menjadi pengganti. Walaupun ada yang mengatakan Kara layak tetapi dia sememangnya lain daripada saya."
Paula juga dia tidak mengalami masalah untuk bersama Kara, Simon Cowell dan Randy Jackson.
Wanita itu hanya diberitahu tentang kehadiran Kara menjadi sebahagian dalam program itu semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang pada Ogos lalu.
"Bila kami bersama, saya rasa mudah untuk kami mendapatkan kata sepakat tetapi saya terperanjat apabila Simon kadang kala masih menentang dengan keputusan yang disepakati," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: