Thursday, April 16, 2009

Lelaki lolos LCCT seludup 3kg heroin


ORANG RAMAI beratur untuk menguruskan bagasi masing-masing di LCCT. – Gambar hiasan.


JAKARTA – Seorang rakyat Indonesia, Unang Wijaya berjaya meloloskan diri daripada kawalan keselamatan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang dengan menyeludup heroin seberat tiga kilogram dalam beg galas yang bernilai kira-kira tiga bilion rupiah (RM984,705) ke Jakarta Isnin lalu.

Apa yang mencetuskan persoalan adalah bagaimana lelaki berumur 28 tahun itu berjaya melepaskan diri daripada pemeriksaan mesin pengimbas di LCCT di Sepang yang gagal mengesan heroin sebelum dia menaiki penerbangan AirAsia ke Jakarta.

Dia turut berjaya memboloskan diri daripada pemeriksaan mesin pengimbas dan X-ray di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini walaupun membawa heroin itu.

Bagaimanapun, dia akhirnya ditangkap oleh anggota-anggota polis Indonesia di tepi Terminal II, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta setelah mendapat maklumat daripada polis Malaysia bahawa terdapat sindiket yang mahu membawa masuk dadah dari Malaysia ke Jakarta.

Lelaki itu ditahan selepas anggota-anggota polis mengawasi gerak-gerinya selepas dia turun dari sebuah pesawat AirAsia.

Seorang pengarah narkotik polis Indonesia, Harry Montalalu memberitahu, Unang membungkus heroin itu dan memasukkannya ke dalam sebuah bekas coklat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: