Thursday, April 16, 2009

Kilang samsu haram diserbu


SEBAHAGIAN anggota kastam yang membuat serbuan di kilang membuat samsu haram di Batu Arang, Rawang baru-baru ini.


RAWANG – Aktiviti sebuah kilang yang memproses samsu haram di kawasan tersorok di Jalan Bukit Nenas, Batu Arang sejak tahun 2006 akhirnya terbongkar selepas diserbu oleh sepasukan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor baru-baru ini.

Pengarah KDRM Selangor, Datuk Roslan Yusof memberitahu, semasa serbuan dibuat, kesemua suspek sempat melarikan diri dipercayai telah dapat menghidu kedatangan pihak berkuasa.

“Apabila anggota kami sampai, kilang itu kosong namun empat daripada mereka telah tertinggal dokumen pengenalan diri,’’ katanya kepada pemberita di Batu Arang semalam.

Mengikut dokumen yang tertinggal itu, tiga daripadanya merupakan lelaki warga India manakala ketuanya adalah rakyat tempatan.

Kata Roslan, di kilang tersebut pihaknya juga menemui 52 tong yang menyimpan tapai sebanyak 11,440 liter dan 17 bekas plastik yang mengandungi samsu haram seberat 425 liter.

Ujar Roslan, keseluruhan samsu yang dirampas dianggarkan berjumlah RM22,880 melibatkan cukai RM117,035.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: