
MILEY CYRUS memilih Scarlett Johansson berbanding Robert Pattinson. Jika Pattinson menjadi idola ramai gadis, Miley sebaliknya memuja Scarlett.
Bintang remaja popular itu memuji kecantikan Scarlett selepas menonton filem lakonan Scarlett, He's Just Not That Into You baru-baru ini.
Miley menonton filem itu di pawagam bersama kekasih hatinya, Justin Gaston. Namun ketika babak Scarlett menanggalkan pakaian dan hanya berseluar dalam, Miley telah menutup kedua-dua mata Gaston.
"Secara jujur, Scarlett merupakan gadis paling cantik pernah saya lihat. Saya menonton filem lakonannya, He's Just Not That Into You dengan Justin dan saya menutup mata Justin. Bukan kerana cemburu, tetapi disebabkan saya mahu menikmati kecantikan Scarlett seorang diri," jelasnya.
Tambahnya: "Saya bukan peminat fanatik Robert Pattinson. Gadis-gadis sangat memujanya, kerana mereka jatuh cinta dengan watak lakonannya sebagai Edward dalam filem Twilight. Tetapi saya tidak tertarik dengan Robert."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: