PENYANYI utama kumpulan Foo Fighters, Dave Grohl dan isterinya, Jordyn menimang cahaya mata kedua. Grohl berkata, anak perempuannya, Harper Willow Grohl juga suka membuat bising.
Rocker berusia 40 tahun itu memberitahu, zuriatnya itu dilahirkan pada 17 April lalu dengan berat 3.4 kilogram dan panjangnya kira-kira 51 sentimeter.
Katanya, Harper Willow dinamakan sempena pakcik saudaranya, Harper Bonebrake.
Grohl dan isterinya juga memiliki anak perempuan berusia tiga tahun. Pasangan itu berkahwin pada 2003.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: