Thursday, April 2, 2009

Fesyen berkuda Wan Zaleha

altJangan ingat orang berkuda tak boleh bergaya pula. Penunggang kuda juga ada fesyen yang sesuai dengan penampilan mereka, lebih-lebih lagi penunggang kuda wanita.

Lihatlah fesyen yang digayakan oleh Wan Zaleha Radzi dan sekumpulan model wanita ini.

Inilah antara rekaan yang dipersembahkan sempena Stailo British India 2009 yang diadakan di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Wan Zaleha mengetuai barisan model yang memperagakan fesyen terbaru daripada British India itu.

Sememangnya Wan Zaleha seorang pecinta kuda. Malah suaminya juga seorang yang meminati kuda. Mereka mempunyai minat yang sama.

Malah Wan Zaleha juga pernah mewakili negara dalam sukan berkuda. Sehingga sekarang dia masih aktif dengan aktiviti berkuda.

Peminat sukan berkuda ini biasanya terdiri daripada golongan berada, sebab itulah pereka fesyen mereka fesyen yang sesuai untuk mereka.

Sambil bersukan, boleh melaram fesyen menarik dan sesuai untuk bergerak semasa menunggang. Potongan dan fabriknya sesuai dengan aktiviti lasak yang dijalankan.

alt

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: