Tuesday, April 14, 2009

Jericho hangat dalam Baler






altTime Broadcast Sdn. Bhd. membawa masuk filem epik Filipina yang memenangi banyak anugerah di negara itu termasuk filem terbaik. Sandaran utama mestilah pelakon popular Jericho Rosales yang memegang watak utama.

Filem itu menang 10 daripada 19 award di Metro Manila Film Festival baru-baru ini. Anugerah-anugerahnya ialah:

• Best Picture
• Best Actress (Anne Curtis)
• Best Director (Mark Meily)
• Best Screenplay (Roy Iglesias)
• Best Supporting Actor (Phillip Salvador)
• Best Cinematography (Lee Meily)
• Best Production Design (Aped Santos)
• Best Editing (Danny Anonuevo)
• Gender-Sensitive Award
• Gatpuno Antonio J. Villegas Cultural Award.

Filem ini unik dengan seting bersejarahnya termasuk di Baler sendiri yang menunjukkan keindahan tempat itu.

Baler mengisahkan konflik, kecurangan, penderitaan, kepentingan sendiri, kedekut dan sebagainya. Ia juga memaparkan keperwiraan, menuntut kebebasan, patriotik, kemanusiaan dan juga begaimana dua insan menyusuri cinta dalam masa altperang. Cinta pasangan Feiza dan Celso menjadi cinta yang penuh dugaan.

Feliza Reyes (Anne Curtis) dan Celso Resurrecion (Jericho Rosales), tentera berdarah kacukan Sepanyol dan Filipina bercinta apabila mereka bertemu. Latarnya pada tahun 1898. Pada masa itu ada perang di antara tentera Sepanyol dan Filipina di Baler sedang meletus.

Feliza anak kepada Nanding (Phillip Salvador), anggota pergerakan yang menentang penjajahan. Sebab itulah mereka menyembunyikan cinta daripada pengetahuan Nanding. Nanding tak boleh menerima Celso kerana dia tidak mahu altdarah tentera Sepanyol ada di Baler.

Apakah kesudahan cinta mereka? Tunggu di pawagam pada 16 April 2009. Peminat Jericho pasti tidak akan melepaskan peluang ini kerana sudah lama filem lakonanya tidak ditonton.

Apatah lagi filem epik yang memenangi banyak anugerah, pasti peminat filem tunggu-tunggukan.

“Inilah watak paling mencabar yang pernah saya bawakan. Saya rasa dihargai apabila dapat bersama-sama dalam filem ini dan sangat gembira dapat berganding dengan Jericho," kata Anne.

Jericho juga akui memberikan sepenuh tumpuan semasa membawakan watak tersebut. Walaupun tidak menang anugerah, dia bangga dapaat melakonkan watak besar itu.

"Semasa berlakon saya tidak fikir untuk menang anugerah, tapi saya memberikan yang terbaik untuk watak ini," kata Jericho.

Dia juga membuat kajian rapi termasuk belajar bertutur mengikut zaman tersebut serta membuat kajian bagi memahami bagaimana keadaan masyarakat di Filipina pada zaman penjajahan.

"Watak yang sangat berat," kata Jericho pasal watak yang dilakonkannya itu.

alt

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: